Wanita Ini Teruja Terjumpa Proton Wira Di Amerika Selatan!

Wanita Ini Teruja Terjumpa Proton Wira Di Amerika Selatan!

Menerusi group Facebook ‘Backpackers Buddies Malaysia’, seorang ‘backpackers’ yang dikenali sebagai Sandy R. Dasan telah memuat naik gambar kereta nasional Proton Wira yang telah dijumpainya di kawasan Punta Arenas, Chile.

 

 

“Guys! Saya terjumpa Proton kat Punta Arenas, Chile! Tak jumpa orang Msia, jumpa product Msia pun jadi lah. Hahah. Kalau kereta tu boleh diajak sembang, dah lama tanya khabar dia. Hahahaha.

Edit:: Punta Arenas dah hujung2 South America tau. Dekat dah dengan Antartica. Haaa.” 

Begitulah posting yang beliau update bersama gambar di dalam group. Posting tersebut juga mendapat perhatian ahli group yang turut berkongsi gambar mereka terjumpa kereta nasional di serata dunia. Misalnya netizen dengan nama Facebook Huda Solomon telah berkongsi gambar terjumpa kereta Perodua Kancil di New Zealand. Manakala seorang lagi netizen yang dikenali sebagai Haleem Ah Leem pula berkongsi gambar terjumpa Proton Saga di UK.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berbangga kerana produk buatan Malaysia telah digunakan dan diiktiraf di seluruh pelosok dunia.

 

 Sumber: FB: Backpackers Buddies Malaysia, Sinar Harian. Gambar: Sandy R. Dasan