Umrah DIY Dengan Hanya RM 2314!

Umrah DIY Dengan Hanya RM 2314!

Anda pernah ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan Umrah atau Haji? Bagi yang belum pernah, tentunya Tanah Suci Mekah menjadi lokasi yang anda akan ingin pergi suatu hari nanti. Pada kebiasannya, umrah diuruskan oleh syarikat yang menawarkan beberapa pakej seperti umrah dan ziarah, umrah musim sejuk dan sebagainya bergantung kepada harga yang ditawarkan serta tarikh penerbangan. Harga pakej pula sekitar RM5,000 – RM9,000 mengikut tawaran. Namun ada cara lain yang boleh anda cuba untuk menjimatkan kos umrah iaitu dengan menunaikan umrah secara DIY. Bajet itinerari ini dikongsi oleh pemilik akaun Facebook Raisya Azzahra di dalam group Facebook Backpackers Buddies Malaysia.Jom lihat bajet umrah DIY yang dikongsikan oleh beliau:

Tarikh : 31 Jan – 7 Feb 2017
Bilangan : 4 dewasa
.
1. Tiket MAS pergi balik : RM 400.90 seorang
– Tempahan melalui website www.malaysiaairlines.com
.
2. Hotel penginapan : RM 800.50 seorang
– Makkah : Hotel Nada Al Diyafah,
– Taraf 3*, bilik berempat
– Jarak 150 meter dari Masjidil Haram
– Harga 4 malam = RM 2050.00 / 4 orang
– Tempahan melalui www.agoda.com

– Madinah : Hotel Mawaddah Al Safwa,
– Taraf 4*, bilik berempat
– Jarak 50 meter dari Masjid Nabawi
– Harga 3 malam = RM 1152.00 / 4 orang
– Tempahan melalui www.agoda.com
.
3. Visa Umrah : RM 330.00 sahaja seorang
– Pengurusan visa oleh Ust Wan Hamdan +60173008021
.
4. Pengangkutan : RM 532.50 seorang
– Jeddah-Makkah-Madinah-Jeddah
– GMC 7 seaters = SAR 1800 = ~ RM 2130 / 4 orang
– Tempahan melalui Facebook Page : Umrah Taxi
– Syarikat ini beroperasi di Arab Saudi
– Gambar GMC dibawah sekadar contoh untuk gambaran anda
.
5. Makan dan minum = RM 250 seorang
– SAR 30 sehari x 7 hari = SAR 210
– Sekali makan SAR 10 – SAR 15
.
KOS KESELURUHAN SEORANG
RM 400.90 + RM 800.50 + RM 330 + RM 532.50 + RM 250
= RM 2314.00 seorang
.
Murah bukan ? Dengan menggunakan premium airlines, hotel dekat, kenderaan yang selesa, makan pun kenyang. Terima kasih Malaysia Airlines, harap sejarah berulang lagi ya

SEDIKIT CATATAN LANJUT
1. Sewaktu perancangan, pertama sekali kami set dahulu bajet seorang per trip. Kemudian barulah kami cari tiket dan hotel sesuai dengan bajet. Tiket flight dan hotel ialah 2 penentu utama kos keseluruhan. Jika keduanya mahal maka kos keseluruhan menjadi mahal. Jika tidak berjaya mencari tiket mengikut bajet, kami akan cari hotel paling murah untuk menepati bajet walaupun jauh asalkan hotel sediakan free shuttle van ke masjid dan begitulah sebaliknya
.
2. Trip kali ini penjimatan banyak pada tiket penerbangan memberi peluang kepada group saya untuk ambil hotel yang lebih dekat dan kenderaan yang lebih selesa. Jika Umrah DIY sebelum ini kami mengambil hotel harga sekitar SAR200 – SAR 250 semalam (bilik berempat) yang jaraknya 700-900 meter dari masjid. Kali ini harga semalam hampir SAR 420 di Makkah dan SAR 320 semalam di Madinah
.
3. Sekiranya kami kekal dengan hotel seperti hotel Umrah DIY sebelum ini dan ambil kereta biasa sahaja yang 4 seaters (SAR 1500), kos keseluruhan trip kali ini mungkin seorang sekitar RM 2000 sahaja
.
4. Kali ini group saya tidak mengambil ziarah dalam pakej pengangkutan tetapi hanya mengambil transfer sahaja. Secara automatik tidak mengambil khidmat mutawwif(optional) juga untuk ziarah. Trip kali ini lebih pendek dan bercadang untuk berada lebih lama di masjid sahaja
.
5. Jika ingin mengambil ziarah kemudian boleh guna prebet sapu tepi hotel sekitar SAR200 per trip untuk ziarah Madinah, sekitar SAR 300 per trip untuk ziarah Makkah. Caj khidmat mutawwif SAR 200 per group. Jadinya seorang hanya perlu tambah seorang tidak lebih RM 200 lagi untuk trip ini jika ambil ziarah kemudian. Baru jadi RM 2500#
.
6. Bagi mereka yang pertama kali ingin menunaikan umrah secara diy saya amat syorkan mengambil khidmat mutawwif(optional) semasa ziarah dan ibadah umrah sebagai pembimbing dan tempat rujukan anda
.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat dan ilham buat anda. Jika ada sebarang pertanyaan boleh pm saya, Insyaallah saya cuba membantu dan berkongsi pengalaman yang serba sedikit ini
.

KLIK pautan untuk melihat posting asal: (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=186127205201837&set=pcb.1317128985016042&type=3&theater)

Sumber: Facebook: Raisya Azzahra (https://www.facebook.com/profile.php?id=100014136768231&fref=nf), Group FB Backpackers Buddies Malaysia