Cara Mudah Bagaimana Nak Kumpul BIG Points AirAsia Dengan Cepat

Cara Mudah Bagaimana Nak Kumpul BIG Points AirAsia Dengan Cepat

Bagi sesiapa yang selalu menggunakan penerbangan AirAsia, tentu anda tahu tentang BIG Points kan? Kepada yang belum tahu, AirAsia BIG Points ialah sejumlah point yang dikumpul dan boleh ditebus untuk mendapatkan tiket penerbangan percuma, hotel & penebusan lain. Biasanya, mata ganjaran ini akan diberikan apabila pelanggan menempah tiket penerbangan. Namun, sebenarnya banyak cara untuk mengumpul BIG Points ini selain membeli tiket flight. Di sini kami sertakan 7 syarikat perkhidmatan yang menawarkan mata ganjaran AirAsia BIG points: 

1. CIMB Bank

Dapatkan 250 AirAsia BIG Points dengan setiap RM1,500 baki suku tahunan di dalam Akaun Simpanan CIMB Bank AirAsia anda.

Cara-cara untuk mendapatkan mata ganjaran: 

  1. Buka akaun atau tambah simpanan di dalam Akaun Simpanan CIMB Bank AirAsia
  2. Daftar sebagai ahli AirAsia BIG di www.airasiabig.com

    Maklumat penting: Anda akan dimaklumkan melalui emel mengenai langkah-langkah dan prosedur pendaftaran. Sila daftar di CIMB Clicks atau kekalkan alamat emel terkini anda melalui CIMB Clicks.

  3. Pautkan kedua-dua Akaun CIMB AA Savers dan akaun AirAsia BIG untuk mula mendapatkan AirAsia BIG Points setiap suku tahunan di http://partner.airasiabig.com/cimb/aasaversform/
  4. Periksa baki AirAsia BIG Points di sini dan mula menebus penerbangan percuma AirAsia.

2. Agoda

Dapatkan sehingga 10,000 AirAsia BIG Points dengan setiap tempahan PointsMAX melalui AGODA

Cara-cara untuk mendapatkan mata ganjaran:

  1. Untuk menikmati faedah untuk mendapatkan AirAsia BIG Points, ahli AirAsia BIG (“Ahli”) mestilah membuat tempahan di pautan yang dikhaskan iaitu www.agoda.com/airasiabig dan menempah tawaran pakej PointsMAX termasuk AirAsia BIG Points.
  2. Ahli mestilah memasukkan nombor ID ahli AirAsia BIG di borang tempahan untuk menikmati AirAsia BIG Points.

3. Lazada

Dapatkan 1 AirAsia BIG Point untuk setiap RM 1 yang dibelanjakan di Lazada Malaysia

Cara-cara untuk mendapatkan mata ganjaran:

  1. Log masuk ke Lazada Malaysia di www.lazada.com.my
  2. Daftar bersama Lazada Malaysia dan berbelanja secara atas talian dengan menggunakan laman web yang diberikan untuk mendapatkan AirAsia BIG Points.
  3. Pelanggan hendaklah memasukkan ID ahli AirAsia BIG di halaman pengesahan di Lazada Malaysia untuk mendapatkan AirAsia BIG Point. Hanya aplikasi yang lengkap layak mendapatkan AirAsia BIG Points.
  4. AirAsia BIG Points akan dikreditkan ke akaun ahli dalam tempoh 45 hari bekerja selepas hari pembelian dibuat. Sebarang permintaan berkenaan mata ganjaran tidak akan dilayan selepas keluar dari halaman pengesahan.
  5. AirAsia BIG Points hanya akan dikreditkan berdasarkan jumlah keseluruhan baucar yang dibeli di Lazada. Untuk terma dan syarat berkaitan dengan baucar, sila layari http://www.lazada.com.my/voucher-terms-of-use/

4. Booking.com

Dapatkan 4 AirAsia BIG Points untuk setiap USD 1 yang dibelanjakan ketika membuat penempahan hotel di www.booking.com/airasiabig.

Cara-cara untuk mendapat mata ganjaran:

  1. Tempah hotel di www.booking.com/airasiabig
  2. Masukkan ID Ahli AirAsia BIG disaat membuat penempahan hotel untuk mendapatkan AirAsia BIG Points.
  3. AirAsia BIG Points akan dikreditkan ke akaun AirAsia BIG anda dalam tempoh masa 4-8 minggu setelah anda selesai menginap.

5. Tune Talk

Dapatkan 120 BIG Points bagi setiap tambah nilai RM50

Cara-cara untuk mendapatkan mata ganjaran:

Langkah 1: Semak untuk memastikan anda mengandungi sekurang-kurangnya 3,000 Tune Talk BIG Point dalam akaun Tune Talk anda. Untuk semakan, sila log masuk ke Aplikasi Mudah Alih Tune Talk.

Langkah 2: Dapatkan ID ahli AirAsia BIG anda.
Tidak mempunyai akaun AirAsia BIG? DAFTAR SEKARANG
Sudah ada akaun? Semak ID anda DI SINI

Langkah 3: Log masuk ke dalam Tune Talk Self Care anda.
Daftar masuk/Mendaftar DI SINI sekarang

Langkah 4: Setelah log masuk, klik pada “Pindahkan Tune Talk BIG Point anda ke ID ahli AirAsia BIG”.

Langkah 5: Itu sahaja! Pemindahan BIG Point akan mengambil masa 3-4 hari bekerja.

6. MYDIN

1000 mata ganjaran Kad Meriah = 250 BIG Points AirAsia

Cara penukaran mata ganjaran:

  • Sila ke kaunter pertanyaan MYDIN disemua cawangan Pasaraya MYDIN
  • Maklumkan kepada pihak MYDIN kehendak penukaran Mata Ganjaran Meriah kepada AirAsia BIG Points
  • Sila berikan info kepada pijak MYDIN:
    1. Kad Meriah
    2. ahli AirAsia BIG*
  • Anda akan menerima resit dari pihak MYDIN bagi memaklumkan bahawa mataganjaran Meriah anda telah ditolak dari akaun anda.

7. Petron

500 mata ganjaran Petron Miles = 250 BIG Points AirAsia

Cara Mendapatkan Mata Ganjaran:

  1. Daftar dan dapatkan kad PETRON MILES di stesen minyak Petron.
  2. Pam apa-apa jenis minyak di stesen minyak Petron (RM1 = 1 PETRON MILES Points)
  3. Tukar mata ganjaran PETRON MILES kepada AirAsia BIG Points.

 

  

 

Sumber: www.airasiabig.com

Sumber Gambar:

www.emaze.com

www.thesukosol.com

www.de-envision.com

www.minube.net

www.lazada.com.my

www.bookingforce.io

vectorlogo4u.com

www.mydin.com.my

www.senheng.com.my

www.petron.com

moreclaremore.com

www.eightyquartier.com