Sekatan Memasuki AS: Malaysia Tidak Tersenarai

Sekatan Memasuki AS: Malaysia Tidak Tersenarai

Berhubung dengan sekatan untuk memasuki Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump baru-baru ini, Malaysia menjadi antara negara yang tidak didaftarkan dalam sekatan kumpulan negara islam.

Menurut Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini, rakyat Malaysia masih boleh meneruskan perjalanan mereka ke negara tersebut dengan visa yang sah.

“Perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden Trump pada 27 Januari lalu masih sama seperti dikeluarkan. Malaysia tidak tersenarai dalam beberapa negara yang terjejas dengan arahan ber­kenaan. “Justeru, rakyat negara ini boleh terus melakukan perjalanan ke AS dengan visa yang sah,” kata kenyataan itu lagi.

Kedutaan itu mengulas laporan sebuah portal berita tempatan bahawa sekurang-kurang­nya seorang pelancong Malaysia adalah antara 71 orang yang te­lah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York semalam berikutan perintah eksekutif Trump yang menghalang kemasukan pelawat dari tujuh buah negara majoriti Islam buat sementara waktu.

 

Sumber: utusan.com.my

KLIK  pautan untuk melihat berita asal: (http://www.utusan.com.my/berita/nasional/malaysia-tidak-tersenarai-perintah-eksekutif-trump-1.439312)