Khas Untuk Kaki Bisnes: 5 Tempat Memborong Terbaik (Luar Negara)

Khas Untuk Kaki Bisnes: 5 Tempat Memborong Terbaik (Luar Negara)

Anda seorang peniaga?..atau baru berjinak-jinak dalam perniagaan?Tentu sekali teringin kan nak dapatkan stok barang dengan harga murah. Ada yang beli stok di tempat borong dalam negara. Contohnya di GM Klang, Nilai 3 dan Rantau Panjang. Namun tak semua produk yang kita mahu, ditawarkan di tempat borong tersebut. Tambah2 lagi, harga borong yang dijual oleh pemborong di dalam negara adakalanya agak mahal berbanding pembelian borong di luar negara. Sebenarnya banyak negara lain yang mempunyai tempat borong yang murah, terkenal dan mempunyai banyak pilihan. Berikut merupakan 5 lokasi terbaik untuk memborong:-

 

1. Guangzhou, China

Guangzhou dikatakan syurga tempat borong di mana terdapat berpuluh2 kompleks borong yang menawarkan pilihan yang sangat banyak dan tentunya harganya murah. Hampir 85% peniaga di Malaysia mengambil stok borong disana. Bajet untuk ke sana juga tidak terlalu mahal. Misalnya, tiket termurah sewaktu promosi biasanya berharga RM150 ke bawah untuk pergi & balik. Murah bukan?..Rajin2 check tiket AirAsia dari Langkawi ke Guangzhou kerana ia lebih murah berbanding KLIA-Guangzhou. Tambahan lagi, Guangzhou memiliki pakej 2 dalam 1 dimana terdapat juga banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Antaranya ialah Canton Tower, Masjid Saad Abi Waqqas dan Masjid Huaisheng. Restoran makanan halal di sini juga agak mudah didapati kerana Guangzhou memiliki komuniti Islam yang agak ramai.

Kategori Produk: Peralatan Telekomunikasi/Handphone/Tablet, Peralatan Elektrik, Permainan kanak2, aksesori kereta, kasut,tekstil dan lain-lain

Tempat Tumpuan Memborong: Zhong Da (Fabrik & Kain), Wang Ling (Permainan kanak-kanak), Hai Yin (Barangan Elektronik)

 

 

 Gambar Dari: www.tripadvisor.com.my

 

2. Ho Chi Minh City, Vietnam

Terletak kira2 1760 KM dari ibu negara Vietnam, Hanoi, bandar Ho Chi Minh menjadi lokasi tumpuan terutamanya pemborong dari negara kita. Kebanyakan peniaga kain & aksesori lain memborong stok di sini kerana harganya jauh lebih murah dan mendapat permintaan tinggi di negara kita. Bajet untuk ke sana juga agak murah. Tiket promosi KL-Ho Chi Minh-KL boleh didapati sekitar RM190 ke bawah. Kos penginapan juga agak murah dan makanan halal mudah didapati di Malaysia Street. Ho Chi Minh juga mempunyai tempat pelancongan yang menarik. Antaranya ialah Saigon Central Post Office, Sungai Mekong & Chu Chi Thunnel.

Kategori Produk: Kain & Fabrik, Permainan Kanak-kanak, Kasut

Tempat Tumpuan Memborong: Cho Binh Tay Market (Kain & Tudung), Pasar Ben Lay (Barangan Bayi, kasut), Ben Than Market (Aksesori, Kain, Tudung)

 

   Gambar Dari: wanderfong.com

3. Hat Yai, Thailand

Terletak di Selatan Thailand, Hat Yai antara destinasi pilihan pemborong kerana kos untuk pergi ke sana agak murah. Akses pengangkutan untuk ke sana juga banyak iaitu dengan menaiki kereta sendiri, pakej van, keretapi serta kapal terbang. Selain menjadi pusat borong yang terkenal, Hat Yai juga mempunyai tarikan pelancong seperti Hat Yai’s Floating Market, Hat Yai Ice Dome & Hat Yai Cable Car.

Kategori Produk: Pakaian Lelaki & Wanita, Kasut, Hand Bag & Jeans

Tempat Tumpuan Memborong: Plaza Shopping Center Hat Yai (Baju, Kasut & Jeans), Kim Yong Market (Dress, Jeans, Pakaian Kanak-Kanak)

 

 Gambar Dari: goonman.blogspot.com

 

4. Bandung, Indonesia

Bandung merupakan ibu kota provinsi Jawa Barat. Berada di dataran tinggi, ia menjadi tumpuan pelancong terutama dari luar. Antara tempat pelancongan yang menarik di sana ialah Tangkuban Perahu, Farm House dan Floating Market. Bajet untuk ke sana juga agak murah di mana harga tiket promo pergi & balik biasanya di bawah RM200. Bandung juga terkenal dengan lokasi borong yang murah dan selalu menjadi tumpuan pemborong dari Malaysia.

Kategori Produk: Telekung, Kain & Fabrik, T-Shirt, Kasut.

Tempat Tumpuan Memborong: Cibaduyut (Kasut, Sandal, Beg Kulit), Pasar Baru (Telekung, Kain Pasang, Jersi)

 

Gambar Dari: www.pinkymomma.com

 

5. Bangkok,Thailand

Selain Hat Yai, Bangkok juga adalah lokasi borong yang terbaik di mana banyak gedung yang menawarkan harga borong dengan begitu murah. Bajet ke sana juga murah dengan harga tiket flight sekitar RM250 ke bawah sewaktu promosi. Tarikan pelancong di sana ialah seperti Pasar Terapung Damnoen Saduak, Grand Palace & Chatuchak Market.

Kategori Produk: T-Shirt,Hand Bag, Aksesori Perempuan, Pinggang Mangkuk

Tempat Tumpuan Memborong: Pratunam Market (T-Shirt, Kasut, Kain Pasang, Hand Bag)

 

Gambar Dari: www.10best.com

 

kiyo

@Team Travellouva