Jawab Survey & Dapatkan Mata AirAsia BIG Points Secara Percuma

Jawab Survey & Dapatkan Mata AirAsia BIG Points Secara Percuma

AirAsia BIG Points merupakan sejumlah mata point yang dikumpul dan boleh ditebus untuk mendapatkan tiket penerbangan percuma, hotel &  lain-lain penebusan. Hingga kini, banyak syarikat dan perkhidmatan yang menawarkan ganjaran mata AirAsia BIG Points. Baca Cara Mudah Bagaimana Nak Kumpul BIG Points AirAsia Dengan Cepat . Namun, terdapat juga opsyen dimana anda hanya perlu menjawab survey di dalam laman web YouGov secara percuma & akan ditawarkan pilihan berupa mata ganjaran AirAsia BIG Points. Apa lagi? Jom ikuti step di bawah.

Step 1:

Pergi ke laman web YouGov atau KLIK link ini:  https://hk.yougov.com/en-hk/& daftar.

Step 2:

Setelah siap mendaftar & log in, sila pergi ke bahagian ‘AVAILABLE SURVEYS’ seperti di dalam bulatan merah & klik ‘Take the survey’.

Step 3: 

Jawab survey hingga tamat. Masa survey bergantung pada soalan. Semakin banyak soalan, semakin lama masa yang diambil & semakin tinggi reward points yang diberi.

Step 4:

Points yang sudah diterima akan dipaparkan di akaun. Untuk redeem AirAsia BIG Points, anda perlu mengumpul sekurang-kurangnya 5,000 points untuk ditukar dengan 2,500 points AirAsia BIG Points.