Itinerari Ke Perth 5 Hari 4 Malam Hanya Dengan RM 845

Itinerari Ke Perth 5 Hari 4 Malam Hanya Dengan RM 845

Korang baru bercadang nak ke Perth dengan bajet rendah? Itinerari ini telah dikongsikan oleh saudari Huda Hamid menerusi akaun Facebook miliknya dan telah mendapat lebih 20,000 share! Apa lagi..Jom lihat itinerari yang beliau kongsikan:

Travel ke Perth dari 21/8/16 – 25/8/16

Jumlah orang

2 Dewasa & 1 bayi

Persiapan

Visa : RM 20 seorang, boleh buat dekat KLIA -Balai Perlepasan (Departure Hall) KAUNTER D

Penginapan

City Water Lodge (Apartment) RM RM 940- seorang dalam RM 470. Bilik kami ade satu single bed dan satu queen bed. (Boleh booking secara online di laman web seperti Booking.com, Agoda & lain-lain.

Pengangkutan

Bus / Train : AUD 28 = RM 87 sorang

Aktiviti

Caversham Wildlife Park : AUD 27 = RM 84 sorang

Bandar Fremantle

Watertown Brands Outlet

Makanan

Kailis Fish & Chip : AUD 16.90 = RM 53

Groceries : RM100- Masak sendiri. Sebab dekat Apartment boleh masak.

Lain-lain

Simcard Optus : AUD 10 = RM 31 (5hari) Lepas je dari pemeriksaan kastam dekat Perth Airport, boleh terus beli dekat luar.

Jumlah: RM 845

Day 1

⁃ Hello Perth ! Perjalanan 5 jam lebih. Suhu around 17’Celcius- (Pergi time musim sejuk)

⁃ Dari Perth Terminal 1 nak ke Apartment (dekat Perth City/CBD) boleh naik bus nombor 380. Time naik tu boleh cakap dekat pemandu bas nak turun dekat Novotel Hotel (landmark) sebab City Water Apartment terletak belakang Hotel Novotel. Tiket bus AUD 4.60 (seorang).

⁃ Sampai apartment & check in, rehat kejap kemudian pergi jalan2 area Bell Tower. Dalam masa 12 minit jalan kaki.

Day 2 (Bandar Fremantle)

⁃ Dari Apartment, Jalan kaki ke bus stop hanya 5 minit (bus stop terletak depan Hotel Novotel)

⁃ Naik bus no 111 / 103 / 158 terus ke Fremantle (bus setiap 5min sampai). Perjalanan lebih kurang dalam sejam. Tiket bas AUD 4.60 (seorang) sebab Fremantle luar dari bandar (zone 2).

⁃ Lunch dekat Kailis Fish & Chips(HALAL). Kalau sampai kat Fremantle ni memang tak sah kalau tak rasa Fish & Chips! Memang rasa segar, sebab kawasan Fremantle terletak di tepi laut. Harga Fish & Chips AUD 16.90.

⁃ Di Fremantle ada market setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad. Salah satu market yg paling murah & meriah untuk beli souvenir di “E Shed” dekat dengan Train Station Fremantle.

⁃ Alang2 train station dah dekat (jalan around 9minit), kami balik naik train & stop dekat Perth Station. Tiket AUD 4.60 (seorang) (zone 2).

⁃ Dari Perth Station, dekat Jamie Oliver Restaurant. Kami singgah bergambar kat depan restaurant. Then kami singgah Coles supermarket beli barang dapur untuk masak makan malam (al maklumlah, nasib baik bawak mr.chef).

⁃ Masa nak balik, jalan kaki sampai ke jalan St George Terrace & bas akan berhenti depan Novotel Hotel.

Day 3 (Caversham Wildlife Park)

⁃ Kalau pergi Aussie, mesti nak tengok kangaroo. So, sebelum nak ke Perth ni kami dah survey tempat Wildlife Park, Caversham. Dekat sini bolehlah nak bergambar dengan haiwan ke, nak bagi kangaroo makan ke, (ikut suka anda). Ada jadual masa yang Wildlife Park sediakan.

⁃ Dari Perth Station, beli tiket (zone 2) AUD 4.60 & pergi ke Midland Line, berhenti dekat Bassendean Station (perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit).

⁃ Bila turun je dari train, boleh naik bus no 955 @ 956 & cakap dekat pemandu bas, nak pergi ke Whiteman Park. Tiket boleh pakai tiket train tadi (sebab satu tiket boleh pakai dalam masa 2 jam dari tarikh beli). Jimat kannn.

⁃ Sampai Whiteman Park, dekat entrance ada satu pondok untuk call shuttle bus ke Caversham Wildlife Park (free). Nak jalan pon boleh tapi jalan around 2km. Last shuttle bus 4pm.

⁃ Enterance fee AUD 27 untuk dewasa. Buka setiap hari (kecuali Hari Krismas) dari 9pagi-5.30ptg.

⁃ Macam2 aktiviti dan show ada

1-Tangkap gambar dengan Koala

Time :9pg – 9.30pg / 11.30pg-12tghari / 2.30ptg-3ptg / 4ptg-4.30ptg

2-Farm Show tengok sheep shearing(cukur bulu kambing), susukan lembu, susukan kambing)

Time :10pg / 1ptg / 3ptg

3-Meet the Wombat & friends

Time : 11pg /2ptg / 3.45ptg

4-Penguin feeding

Time : 12tghari / 2ptg

⁃ Kalau nak makan sini, ada jual halal food tapi kena tanya. Kami prefer bawak bekal sendiri. Jimat kata mr.chef. Dekat sini ada picnic area.(jangan segan nak picnic)

⁃ Bila nak balik, naik shuttle bas sampai gate depan & tunggu bas 955 @ 956 ke Bassendean Station. Bas setiap 10minit sampai.

⁃ Sampai train station,beli tiket (zone 2) AUD 4.60 & berhenti dekat Perth Station

Day 4 (Watertown Brands Outlet)

⁃ Watertown Brands Outlet Centre mcm JPO, Mitsui. Tapi, harga barang murah juga. Esprit sales 50-70%, Levi’s buy 1 free 1. Memang tak boleh tahan nafsu!

⁃ Dari Apartment jalan sampai Wellington Street dalam 20 minit, then naik Yellow Cat bas (FREE) around 7 minit & berhenti betul2 depan Watertown

⁃ Dekat sini ada jual kebab Halal.

Last Day

⁃ Memandangkan flight kul 3.30ptg,kami checkout pukul 10pg.

⁃ Then naik bus 380 (terus ke aiport terminal 1). Bas ke airport setiap 30minit. Tiket AUD 4.60

Info & Tips

-Bus di Perth dalam bandar, bas dia PERCUMA. Kalau keluar dari bandar, kira keluar zone 2, 3, 4, baru kena bayar tambang. Kalau naik bas, sangat menyenangkan untuk sesiapa bawa stroller or pakai wheelchair. Tiket bas & Train boleh valid sampai 2 jam.So, 2 jam boleh naik turun kalau salah. Best kan?

Untuk maklumat lanjut, boleh tengok laman web Transperth. Boleh siapkan plan perjalanan nak pergi Perth.

⁃ Kalau nak senang pergi mana-mana, better beli simcard Optus. Simcard harga AUD 2 & Internet 500mb AUD 2 untuk 1 hari. Bolehlah Google Maps atau Waze.

⁃ City Water Apartment reception dia available 8 pagi – 8malam. Apartment ni memang best. Setiap hari tukar towel, toiletries, kemas bilik. Dalam apartment ada disediakan dapur, TV, pemanas badan, private bathroom, peti sejuk, iron, hair dryer. Wifi ada tapi kena bayar. Sebab tu kena beli simkad. Dalam bilik ada 1 katil queen & 1 katil single. Boleh 3orang tido. Mini market 5 minit dari apartment (berhadapan Novotel Hotel). Apartment berhadapan Swan River.

⁃ Visa Australia boleh siap terus. Tapi kalau nama sangkut, ambil masa 12jam

⁃ Nak masuk negara Australia, pastikan anda tidak membawa barang-barang yang berunsurkan tenusu(dairy), buah-buahan dan bijirin tak boleh bawa masuk. Kalau ada bawa ikan bilis ke, Mi Maggi ke, pastikan anda DECLARE!!!

Pastikan anda semua merancang perjalanan anda sebaik mungkin.

 

KLIK pautan https://www.facebook.com/huda117/posts/10154682067416392 untuk melihat posting asal.

Sumber: Huda Hamid (Facebook) https://www.facebook.com/huda117

Sumber Gambar: Huda Hamid (Facebook)