Itinerari Bajet Ke Pulau Langkawi (3 Hari 2 Malam)

Itinerari Bajet Ke Pulau Langkawi (3 Hari 2 Malam)

Bercuti atau travel ke tempat menarik sememangnya mampu untuk menghilangkan stres dan menenangkan jiwa. Sebenarnya di negara kita pun ada banyak tempat menarik dan korang boleh pergi dengan bajet murah. Antara destinasi yang paling simple dan paling terkenal di negara kita tentunya Pulau Langkawi. Pulau ini mempunyai banyak tarikan pelancong yang menarik seperti alam semula jadi & sejarahnya. Kalau korang teringin nak bercuti dengan bajet yang rendah, Langkawi adalah destinasi yang sesuai. Andaikan korang pergi dengan 4 orang kawan, korang dapat meminimumkan banyak kos. Jom lihat contoh itinerari ke Langkawi dengan bajet yang rendah:-

Pengangkutan

Flight (seorang) : RM20 – RM80 pergi & balik (sewaktu promosi melalui KL & Penang)  ATAU

Feri (seorang) : Paling popular melalui Kuala Perlis – Langkawi – Kuala Perlis RM36 pergi & balik. Opsyen lain Kuala Kedah – Langkawi – Kuala Kedah, Penang – Langkawi – Penang (harga berbeza mengikut lokasi).

Pakej

Ambil pakej RM99 (seorang): Termasuk penginapan 3 hari 2 malam + Kereta Sewa + Island Hopping

Minyak Kereta: Anggaran RM50 (seorang RM12.50 @ mungkin lebih atau kurang)

Aktiviti Lain

Skycab Gunung Mat Chinchang RM30 (seorang)

Pantai Cenang (free)

Pantai Pasir Tengkorak (free)

Dataran Lang (free)

Makanan

Anggaran RM50. (Nak lagi jimat bawa je makanan sendiri untuk dinner atau breakfast)

Lain-lain

Beli souvenir: Coklat, gamat & lain-lain RM30

Total anggaran keseluruhan bajet (seorang) : RM241.50

 

Anggaran bajet tak semestinya tepat. Kadangkala boleh kurang dan boleh lebih dari bajet anggaran yang kami gariskan. Kalau korang dari utara, mungkin akses ke Langkawi lebih murah berbanding di Kuala Lumpur. Harga tiket penerbangan sewaktu promosi ke Langkawi memang selalunya boleh dapat murah dengan syarat perlu grab cepat-cepat sewaktu promosi. Cadangan terbaik untuk meminimumkan kos perjalanan ialah dengan menaiki flight. Kalau nak lebih enjoy, boleh naik feri. Bajet di atas juga hanya untuk percutian secara jimat, bukan kedekut..haha. Sesuai untuk student atau orang bujang yang nak bercuti santai. Kalau korang ada bajet lebih, padatkan lagi itinerari korang dengan aktiviti lain. Walaupun Langkawi menjadi lokasi percutian yang simple di mata orang kita , tapi ia tetap akan memberi kepuasan yang sempurna kepada korang. Go travel!