Gadis Ini Berkongsi Itinerari Travel Ke Ho Chi Minh Dengan Bajet RM258!

Gadis Ini Berkongsi Itinerari Travel Ke Ho Chi Minh Dengan Bajet RM258!

Di sebalik kontroversi dengan jolokan bandar raya ‘scammers’ , Ho Chi Minh tetap menjadi destinasi yang sentiasa dikunjungi oleh pelancong asing terutamanya dari Malaysia. Terkenal juga sebagai bandar terbesar di Indochina, rata-rata pelancong yang datang ke sini ialah untuk memborong barang dan melihat kehidupan budaya di sana.  Ikuti perkongsian Puteri Irna Shuhada yang berkesempatan melancong secara backpacker di Ho Chi Minh, Vietnam dengan bajet sekitar kurang RM258 tidak termasuk tiket penerbangan!

25 Mei 2016

Itinerari :

AirAsia AK 6125 Penang PEN 2.10 PM – Kuala Lumpur KUL 3.10 PM

AirAsia AK 524 Kuala Lumpur KUL 7:40 PM – Ho Chi Minh City SGN 8:40 PM

  • Tiba di Ho Chi Minh, ambil bas kuning 109 ke Ben Thanh Market
  • Check-in di Hotel 25 berdekatan perhentian bas Ben Thanh
  • Beli sim kad (kongsi 2 orang)
  • Tempah trip ke Sungai Mekong melalui pakej di Restoran Hajah Basiroh (Pakej merangkumi sarapan, makan tengah hari, menaiki 3 jenis bot di Sungai Mekong, menaiki kereta kuda & lain-lain.

26 Mei 2016

Pagi

  • Sarapan (termasuk dalam pakej)
  • Bertolak ke Sungai Mekong

Petang

  • Bersiar-siar di Malaysia Street (Nguyen An Ninh)
  • Menikmati Kopi Vietnam di Malaysia Street

27 Mei 2016

Pagi

  • Sarapan di Hajah Basiroh
  • Berjalan sekitar bandar raya Ho Chi Minh
  • Palace Of Independent (bersiar-siar dekat luar je)
  • Saigon Post Office
  • Ho Chi Minh City Museum

Petang

  • Beli souvenir di sekitar Malaysia Street & Ben Thanh Market

Malam

  • Jalan-jalan di pasar malam Ben Thanh

28 Mei 2016

Pagi

  • Sarapan (makanan sendiri)
  • Check-out hotel
  • Naik bas 109 ke airport

AirAsia AK 527 Ho Chi Minh City SGN 1:25 PM – Kuala Lumpur KUL 4:15 PM

AirAsia AK6120 Kuala Lumpur KUL 10.00 PM – Penang PEN 10:55 PM

 

Bajet (seorang) :

25 Mei 2016

  • Bas 109 ke Ben Thanh Market (20,000 Dong/ RM3.50)
  • Hotel (RM 116.50 untuk 3 Malam)
  • Sim kad (kongsi 2 orang) (37,500 Dong/ RM6.85)
  • Tempah trip ke Sungai Mekong melalui pakej di Restoran Hajah Basiroh (450,000 Dong/ RM82.22)

26 Mei 2016

  • Sarapan (termasuk dalam pakej)
  • Bertolak ke Sungai Mekong (termasuk dalam pakej)
  • Bersiar-siar di Malaysia Street (Nguyen An Ninh) & Menikmati Kopi Vietnam(RM3 secawan)

27 Mei 2016

  • Sarapan di Hajah Basiroh (90,000 Dong/ RM16.44)
  • Saigon Post Office (masuk percuma)
  • Ho Chi Minh City Museum (15,000 Dong/ RM2.74)
  • Beli souvenir di sekitar Malaysia Street & Ben Thanh Market (RM20)
  • Jalan-jalan di pasar malam Ben Thanh & minum kopi (RM3)

28 Mei 2016

  • Sarapan (makanan sendiri)
  • Check-out hotel
  • Naik bas 109 ke airport (20,000 Dong/ RM3.50)

Total Perbelanjaan = RM257.75 @ RM258

Selain itu, terdapat beberapa tips yang boleh dikongsi kepada kaki travel yang ingin melancong ke Ho Chi Minh:-

  1. Guna pengangkutan awam yang boleh dipercayai seperti bas bernombor 109 atau 152 yang bergerak dari airport ke Ben Thanh Market serta teksi Vinasun atau Mai Linh.
  2. Cari hotel di sekitar Malaysia Street atau Ben Thanh Market kerana mudah untuk mendapatkan makanan halal dan kebanyakan pelancong Malaysia berada di situ.
  3. Mata wang Dong atau Ringgit diterima di dalam urusan jual beli di sekitar Ben Thanh dan Malaysia Street.
  4. Dari segi keselamatan, elakkan berjalan seorang diri serta tidak melakukan sebarang provokasi kepada penduduk tempatan.
  5. Kopi di Ho Chi Minh memang sedap. Rugi kalau tak cuba.
  6. Jangan membeli souvenir di dalam pasar Ben Thanh kerana harganya agak mahal berbanding di Malaysia Street.
  7. Nasihat kepada kaki travel, sila ambil pakej ke Sungai Mekong kerana kita dapat melihat kehidupan dan kebudayaan masyarakat Vietnam di luar bandar.

Keseluruhan perbelanjaan tidak termasuk tiket penerbangan. Bajet keseluruhan ialah berdasarkan itinerari selama 4 hari 3 malam di Ho Chi Minh. Kami tak berkesempatan ke Cu Chi Tunnel disebabkan waktu yang tidak mengizinkan. Walaupun bandar Ho Chi Minh tidak se gah tempat backpacker lain, namun ia tetap mempunyai tarikan yang tersendiri. Bagi yang gila ‘shopping’ dan suka melihat budaya serta kehidupan sesuatu masyarakat, Ho Chi Minh adalah destinasi travel yang sesuai anda kunjungi.

Kiriman Dari: Puteri Irna Shuhada