Disebabkan PTPTN, Lelaki Ini Berkongsi Pengalaman Buruk Disekat Ke Luar Negara

Disebabkan PTPTN, Lelaki Ini Berkongsi Pengalaman Buruk Disekat Ke Luar Negara

Melalui akaun Facebook bernama Ariff Zainol, beliau telah berkongsi satu pengalaman buruk yang dialaminya disebabkan PTPTN. Kisahnya berlaku apabila beliau bercadang untuk bercuti ke luar negara selama 12 hari. Namun percutian yang diimpikan musnah disebabkan ada tunggakan PTPTN sejak 2014!

Perkara yang lebih menambah masalah ialah apabila semakan status kawalan imigresen di laman web Jabatan Imigresen Malaysia menyatakan beliau bebas dari sebarang halangan untuk ke luar negara. Hal ini menyebabkan beliau terus menyediakan persiapan travel dengan membuat  passport dan menempah tiket pesawat.

 

 

“Abang pun prepare la segala mak nenek semua. Tukaq duit Indonesia Rp2,200,000.00 & tempah hotel dan tiket keretapi di Indonesia (RM200.00) Jutawan sat cek oi. Semangat nak mampoih sebab sepanjang 25 tahun hidup, tak pernah naik flight. Kakak ada pesan, check nama dulu di Imigresen sebab husband dia pernah kena block di Airport sebab Income Tax ada sangkut.

Dia bagi link, so abang pun check la.
http://sspi2.imi.gov.my

Result dia “Tiada Halangan”. Abang pun makin berkobar-kobar la nak pi Indonesia ni. Tapi abang hairan jugak status “Tiada Halangan” tu sebab ramai kawan-kawan bagitau kalau ada tunggakan dengan PTPTN tak boleh ke luar negara. Dek kerana ghairah nak pi berjalan, abang terlupa satu benda, abang tak pi check dekat PTPTN langsung samada nama abang benar-benar bersih untuk ke luar negara. Tambahan pulak, tiada masalah masa abang beli tiket flight.”

 

Namun, apabila tiba pada hari kejadian, beliau ditahan oleh imigresen atas alasan namanya baru di blacklist semalam walaupun semakan secara online menyatakan bahawa beliau bebas dari sebarang halangan. Akhirnya beliau terpaksa membatalkan percutian tersebut.

 

Pengajarannya, perlu diingatkan kepada semua kaki travel, sebelum keluar negara, pastikan anda membuat semakan terus ke pihak PTPTN untuk mengetahui status anda. Notis blacklist tidak akan dihantar kepada anda. Oleh itu, selesaikan segala tunggakan agar perjalanan anda menjadi lancar. 

 

Sumber: FB Ariff Zainol

Klik pautan https://www.facebook.com/ariffzainol/posts/1481134545262586 untuk membaca cerita penuh.