Bukit Fraser, Lokasi Percutian Tanah Tinggi Yang Paling Tenang

Bukit Fraser, Lokasi Percutian Tanah Tinggi Yang Paling Tenang

Mencari ketenangan merupakan antara faktor utama yang membuatkan kita mahu bercuti setelah berhari-hari bertarung dengan tekanan, kepenatan dan keletihan kerja. Namun, adakalanya bercuti atau travel di tempat yang salah juga membuatkan kita berasa tidak tenang. Sebagai contoh, bercuti di tempat yang terlalu ramai orang atau di tempat yang tidak menarik. Sebenarnya, tak jauh dari ibu kota terdapat lokasi percutian yang boleh menenangkan fikiran iaitu Bukit Fraser. Lokasi ini sememangnya popular, tetapi ia tak se ‘famous’ Cameron Highlands dan Genting Highlands. Tarikan utama di sini tentunya alam semulajadi yang masih hijau serta iklimnya yang sejuk dengan suhu sekitar 14 Celcius pada waktu malam & 22-25 Celcius pada waktu siang.  Nak tahu apa bajet itinerari yang sesuai & murah? Jom ikuti info yang kami sediakan:

Itinerari 2 hari 1 malam @ 2 orang

Pengangkutan:

Minyak kereta : RM50.00 (Bergantung pada kawasan)

Penginapan:

Shahzan Inn Fraser’s Hill (Tempah di Booking.com.) : RM130.00 @ 1 malam. Free breakfast & breakfast yang disediakan memang terbaik.

Nak tahu cara dapatkan AirAsia BIG Points secara percuma dengan menempah bilik melalui Booking.Com?

Baca : Cara Mudah Bagaimana Nak Kumpul BIG Points AirAsia Dengan Cepat

Aktiviti yang kami jalankan:

The Paddock :

Memanah : RM11.00 @ 10 anak panah untuk seorang

Allan’s Water:

Sewa bot RM9.00 untuk 2 orang. Boleh kayuh & bersiar-siar di sekitar tasik.

Menara Jam Bukit Fraser:

Jangan lupa bergambar di landmark Bukit Fraser!!

Makanan: 

Makan tengahari di Restoran Arzed: RM20.00

Bawa makanan sendiri @ maggi/biskut

Free breakfast di Hotel

Total Perbelanjaan: RM231.00 @ 2 orang!

Tujuan bercuti ke Bukit Fraser adalah untuk berehat & menenangkan fikiran. Ditambah pula dengan masa yang terhad, jadi kami hadkan sedikit jalan-jalan ke tempat menarik. Kalau diikutkan banyak lagi tempat menarik yang boleh didapati di Fraser Hill seperti Kelab Golf Bukit Fraser, Air terjun Jeriau & lain-lain. Kesimpulannya, Bukit Fraser memang tempat yang sangat berbaloi dan murah untuk bercuti!!

Kredit: ahmadputra

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *