Bajet Itinerari Ke Seoul, Korea Hanya Dengan RM1501 Termasuk Tiket Flight

Bajet Itinerari Ke Seoul, Korea Hanya Dengan RM1501 Termasuk Tiket Flight

 

Hari Pertama

0800 – ✈  Flight AirAsia X KUL – ICN (Harga tiket seorang RM 750.00 pergi balik, + RM100 untuk bagasi dan makanan)

1520 – 🛬  Tiba di Incheon International Airport (ICN). (Ambil beg, urusan imigresen & kastam, beli kad T – Money & topup) (Harga kad T – Money 3,000 Won)

1630 – 🚊  Naik Airport Railroad (Arex) & turun ke stesen Gongdeok. Dari Gongdeok, transfer ke line 5 &

turun di stesen  Jongno 3-ga. (4,050 Won)

1830 – 🏨  Check In Hotel Guest House Korea (Harga 225,000 Won untuk 3 orang)

  • Lepas makan, keluar dari penginapan dan jalan-jalan sekitar kawasan hotel.

Total Bajet Hari Pertama + Kos flight: RM 1,178.20

Hari Kedua

0930 – 🏯 Melawat Istana Changdeokgung (Harga tiket 3,000 Won seorang)

1200 –  ☪️ Lunch & solat di bilik

1330 – 🏠 Melawat Bukchon Hanouk Village (Naik subway dari stesen Jongno 3 Ga ke stesen Anguk) (1,250 Won)

1530 – 🎪 Myeongdong Market (Anguk ke Myeondong station) (1,250 Won)

1830 – 🏨 Pulang ke hotel (1,250 Won)

Total Bajet Hari Kedua: RM 27.00

Hari Ketiga

0930 – 🎪 Bergerak ke Namdaemun Market (Jongo 3 ga ke Hoehyeon station) (1,250 Won)

🛍️ Beli souvenir (60,000 Won @ 3 orang)

1200 – ⚓ Han River (Hoehyeon ke station Yeoinaru) (1,250 Won)

1300 – 🌸 Yeouido Park (Jalan kaki dari Han River)

1430 – 🏨 Pulang ke hotel (1,250 Won)

🍌🍼 Beli susu pisang (1,300 Won)

Total Bajet Hari Ketiga: RM 100.20

Hari Keempat

1000 – ⚱ Muzium Kebangsaan Korea (Jongno 3 Ga ke Station Ichon) (1,250 Won)

1230 – ⚔ War Memorial Museum (Ichon ke Station Samgakji) (1,350 Won)

1330 – 🌆 Itaewon (Samgakji ke Itaewon) (1,250 Won)

1350 – 🍴 Makan tengahari di ‘Makan Restaurant’) (31,000 Won @ 3 orang makan)

1415 – ☪️ Solat di Masjid Itaewon

1500 – 🎪 Itaewon Market (beli souvenir) (22,000 Won @ 3 orang)

1600 – 🏨 Pulang ke hotel (Itaewon ke Jongno 3 Ga) (1,250 Won)

1900 – 💦 Bersiar-siar di Cheongye Stream (Jongno 3 ga ke Gwanghamun) (1,250 Won)

2100 – 🏨 Pulang ke hotel (Gwanghamun ke Jongno 3 Ga) (1,250 Won)

🍌🍼 Beli susu pisang (1,300 Won)

Total Bajet Hari Keempat: RM106.20

Hari Kelima

1130 – 🏰 Bertolak ke Petite France (Jongno 3 Ga ke Hoegi, Hoegi ke Cheongpyeong) (2,150 Won) (Tiket masuk 8,000 Won)

1325 – 🚌 Naik shuttle bas ke Petite France (6,000 Won)

1800 – 🚌 Pulang dari Petite France ke Hotel (2,150 Won)

Total Bajet Hari Kelima: RM73.20

Hari Keenam

0500 – ❌ Check Out hotel

0540 – 🚊 Ke Airport Incheon (4,050 Won)

0935 – ✈ Berlepas ke KLIA2

Total Bajet Hari Keenam: RM 16.20

Total Perbelanjaan: RM1501.00

#Bonus: Tips Penting Travel Ke Seoul

✅ Makanan halal agak sukar didapati . Disarankan bawa makanan  sendiri seperti biskut, mi segera, roti & kacang. Kami bawa periuk nasi, electric kettle, beras & makanan dalam tin sebab di sana sukar nak dapatkan makanan halal & kami nak save bajet.

✅ Kalau nak mudah dapatkan makanan halal, disarankan untuk tempah penginapan di sekitar Masjid Itaewon. Di sana ada komuniti Islam & banyak restoran makanan halal.

✅ Dari segi pengangkutan di Seoul, kami gunakan 100% subway. Download aplikasi Korea Subway di Playstore atau App Store

✅ Currency kerap berubah. Waktu kami pergi currency teruk juga. Sekitar 10,000 Won bersamaan MYR 40. Sekarang currency Malaysia dah ok sikit. (Setakat artikel ini dibuat)

✅ Tempat yang berbaloi untuk money changer di Seoul ialah di Namdaemun Market. Tukarannya tak jauh beza dengan Malaysia. Kalau tukar di Myeongdong agak rugi sikit.

✅ Pemilihan penginapan yang paling terbaik ialah berdekatan dengan station subway. Sekurang-kurangnya tak perlu berjalan jauh. Penginapan kami di Jongno 3-Ga & jarak penginapan sekitar 900 Meter dari station subway. Memang sangat memenatkan.

✅ Cuaca kami pergi pada musim bunga. Suhu waktu siang agak nyaman tapi suhu semakin sejuk menjelang petang dan malam iaitu jatuh sekitar 9 celcius. Jadi sediakan pakaian yang sesuai.

✅ Tempat terbaik untuk membeli souvenir ialah di Namdaemun Market & Itaewon. Misalnya T shirt boleh dapat 3 helai 10,000 Won di Namdaemun Market manakala keychain 10 pcs 5,000 Won di Itaewon. Peniaga di Korea kadang-kadang agak kasar. Jadi kalau nak buat tawar-menawar terhadap sesuatu barang, disarankan untuk membeli barang tersebut.

✅ Tempat menarik di Seoul sangat banyak. Kami tak sempat cover semua sebab pengurusan masa yang kurang baik & faktor keletihan. Oleh itu, tolong buat draf itinerari selengkap mungkin.

✅ Kad T-Money merupakan kad yang sangat penting untuk pengangkutan di sana. Boleh digunakan untuk membayar tambang subway, bas dan lain – lain. Topup kad T-Money di kedai serbaneka & kedai runcit

✅ Sebelum pergi Korea, disarankan korang untuk ke pejabat Korea Tourism di Malaysia. Di sana diorang akan bagi kad T-Money secara percuma, kupon percuma serta diskaun untuk masuk ke tempat-tempat menarik di Korea. Kecewa, kami baru dapat tahu semua ni selepas pulang dari Korea!

✅ Rata-rata penduduk Korea mudah membantu pelancong asing. Sekiranya ada masalah, bolehlah minta pertolongan mereka dengan komunikasi cara mudah.

✅ Penggunaan Google Maps sedikit terbatas di Korea. Disarankan untuk buat persiapan awal untuk pergi ke tempat yang ingin dituju dengan menggunakan opsyen lain seperti peta dan aplikasi lain.

✅ Tentang internet, kami dapat free roaming dari U Mobile. Mujurlah Korea termasuk dalam list negara free roaming U Mobile.

 

                                            Aplikasi subway yang digunakan sewaktu di Seoul