Bajet Itinerari Ke Medan, Indonesia Hanya Dengan RM462 Termasuk Tiket Flight

Bajet Itinerari Ke Medan, Indonesia Hanya Dengan RM462 Termasuk Tiket Flight

Medan, Indonesia yang terletak di Provinsi Sumatera Utara merupakan antara destinasi pelancongan yang sangat popular di Indonesia. Antara tarikan utama di Medan tentunya Danau Toba yang merupakan danau terbesar di Indonesia. Bagi kami, lokasi travel ini sangat berbaloi kerana bajetnya yang rendah. Jom ikuti bajet itinerari yang kami sediakan:

 

Hari Pertama

1310 – ✈ Flight AirAsia PEN – KNO (Harga RM 90.00 pergi balik)

1300 – 🛬 Tiba di Kualanamu Airport (KNO)

1330 – 🚍 Naik bas (Damri Bus) ke bandar Medan (stop di Masjid raya via Jalan Sisingamangraja @ s.m. raja)

                 (Harga Rp 20,000 @ RM 7.00)

1420 – 🚶Berjalan dari Masjid Raya ke Residence Hotel (200 meter)

1430 – 🏨 Check In Residence Hotel Medan (Harga Rp 80,000 1 bilik @ RM 27.00)

  • Lepas letak beg, terus siapkan makanan & jalan-jalan di Masjid Raya dan Istana Maimon

Total Bajet Hari Pertama: RM 34.00

Hari Kedua

0500 – 🍞 Bangun & Breakfast

0600 – ❌ Check Out hotel

0615 – 🔊 Naik bentor (beca motor) ke Terminal Amplas (Harga Rp 30,000 @ RM 10.00 untuk 2 orang)

0640 – ✅ Tiba di Terminal Amplas

0715 – 🚌 Naik Bas Sejahtera Via Medan ke Parapat (5 Jam) (Harga Rp 40,000 @ RM 14.00 seorang)

1215 – ✅ Tiba di Jeti Tiga Raja

1235 – ⛴ Naik feri ke Pulau Samosir (40 minit) (Harga Rp 15,000 @ RM 5.00 seorang)

1315 – 🏨  Tiba & Check In di Gokhon Guest House (RM55.00 seorang @ 1 malam)

  • Siapkan makanan
  • Menaiki basikal di sekitar Pulau Samosir (Rp 20,000 @ RM7.00)
  • Melawat Muzium Batak dan Makam Raja Batak (Free)
  • Beli souvenir keychain dll (RM 20.00)

Total Bajet Hari Kedua: RM 106.00

Hari Ketiga

0630 – 🍞 Bangun & Breakfast

0730 – 🌴 Jalan2 menikmati permandangan pagi

0800 – ❌ Kemas2 barang & checkout hotel

0900 – ⛴ Naik feri ke Jeti Tiga Raja (Rp 15,000 @ RM 5.00 seorang)

0940 – ✅ Tiba di jeti Tiga Raja & ambil pakej pengangkutan ke Berastagi.(Cari di Jeti Tiga Raja) (Rp 183,000 @ RM 61.00 seorang)

1000 – 🚙 Bertolak ke Berastagi (4 Jam)

1400 – ✅  Tiba di Berastagi & check in Hotel Mexico Berastagi (RM 44.00 seorang @ 1 malam)

  • Jalan-jalan di Pekan Berastagi
  • Pergi ke pasar buah Berastagi (Buah-buahan & makanan (Share 3 orang @ RM 12.00 seorang)

Total Bajet Hari Ketiga: RM 122.00

Hari Keempat

0500 – 🍞 Bangun & breakfast

0630 – 🚐 Naik Bukit Gundaling (Van Bintang Karo : Rp 4,000 @ RM 1.33 seorang (pergi), Rp 4,000 @ RM 1.33 seorang (balik)

0840 – 🏨 Tiba di hotel. Makan, bersiap & kemas barang

0930 – ❌ Check Out hotel

1000 – 🚖 Naik teksi terus ke Airport Kualanamu Medan (Rp 120,000 @ RM 40.00 seorang)

1415 – 💰 Singgah beli buah tangan Medan: Bolu Meranti (Rp 100,000 @ RM 33.00)

1445 – ✈ Tiba di Airport Kualanamu

1820 – 🛫 Berlepas ke Penang

2005 – 🛬 Selamat mendarat di Airport Bayan Lepas, Penang

Total Bajet Hari Keempat: RM 75.66

 

Total Perbelanjaan: RM 337.66

Tiket flight seorang RM 90 pergi & balik

Baggage share 3 orang: 104 bahagi 3 = RM 34.67

Total keseluruhan: RM 337.66 + RM 90.00 + RM34.67 = RM 462.33

 

#Bonus: Tips Penting Travel Ke Medan

✅ Disarankan bawa makanan sendiri. Misalnya sardin, biskut dan kacang. Kami siap bawa periuk nasi, electric kettle, beras dan lain-lain sebab di sana susah nak cari makanan halal dan nak saving bajet.

✅ Jarak perjalanan agak panjang dari satu destinasi ke destinasi. Sediakan makanan ringan untuk lapik perut.

✅ Kalau jenis cepat pening, disarankan jangan naik bas dari Medan ke Parapat sebab driver bas bawa bas macam F1 driver.

✅ Currency kadang naik kadang turun. Disarankan tukar siap-siap di Malaysia.

✅ Kalau nak beli souvenir macam keychain atau baju, lokasi yang kami rasa OK ialah di Pulau Samosir. Jangan lupa buat tawar-menawar dan harus diingat, penjual di sini agak agresif

✅ Kalau sewa basikal di Pulau Samosir dan nak jalan-jalan ke Muzium Batak, bawa basikal hingga ke muzium. Jangan sesekali park basikal dekat tempat yang disediakan di sebelah kedai-kedai seperti yang disuruh oleh tuan kedai. Nanti waktu ambil basikal, tuan kedai akan paksa kita beli barang d souvenir di kedainya dengan harga melampau.

✅ Majoriti penduduk di kawasan Pulau Samosir dan Berastagi ialah etnik Batak. Jadi jaga adab dan percakapan.

✅ Pengangkutan dari Parapat ke Berastagi boleh dapat lebih murah dengan menaiki van. Kami terpaksa pergi ke Berastagi dengan menaiki kereta dan harganya sedikit mahal.

✅ Suhu di Berastagi lebih kurang suhu di Cameron Highland. Jadi jangan lupa bawa baju sejuk.

✅ Hotel-hotel yang kami book ada yang ok dan ada yang tidak.

🏨 Residence Hotel: Bilik sempit dan agak berbau. Sesuai untuk tinggal dalam jangka masa singkat.

🏨 Gockhon Guest House: Bilik luas, pemandangan menarik & cantik.

🏨 Hotel Mexico Berastagi: Bilik luas cuma lokasi hotel di tengah pekan, tiada pemandangan cantik.