AirAsia Buat Peraturan ‘Cabin Baggage’ Baru. Ini Tips Yang Perlu Anda Tahu

AirAsia Buat Peraturan ‘Cabin Baggage’ Baru. Ini Tips Yang Perlu Anda Tahu

Baru-baru ini, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah menguatkuasakan peraturan berkaitan dengan bagasi yang sesuai dibawa masuk ke dalam kabin kapal terbang. Peraturan ini melibatkan jumlah beg, size dan berat yang ditetapkan oleh AirAsia. Sebelum ini, peraturan membawa masuk bagasi lebih dari 7 KG di dalam kabin & jumlah beg masih tidak dikuatkuasakan. Namun, dengan penetapan peraturan baru, penumpang dihadkan untuk membawa maksimum 2 beg dengan berat 7 KG (akan ditimbang sebelum memasuki ruang kabin). Peraturan ini tentunya memberi kesan kepada backpacker dan pengguna lain. Misalnya, hanya beg hiking maksimum 30L  sahaja yang boleh dibawa masuk. Hasil dari peraturan baru ini, ada beberapa tips penting yang perlu anda guna pakai agar anda tidak tersangkut dengan masalah ini.

1. Kurangkan membawa barang ketika travel

 Hadkan barang yang anda bawa sewaktu travel. Misalnya bawa pakaian & barang keperluan dalam kuantiti yang kecil.

2. Pilih ‘Value Pack’ semasa menempah penerbangan AirAsia

Sewaktu menempah penerbangan, disarankan kepada anda untuk terus memilih value pack kerana ia sangat menjimatkan kerana pakej value pack termasuk makanan,pilihan seat & baggage.

3. ‘Add On’ bagasi

Untuk mengelakkan terjadinya masalah berkenaan bagasi, kami sarankan anda untuk ‘modify booking’ dengan ‘add on’ bagasi sekiranya anda telah menempah tiket flight tanpa membeli ‘baggage’. Tambahan pula ia dapat menjimatkan duit anda dari terpaksa membayar denda lebihan berat bagasi.

4. Timbang siap-siap beg anda di rumah

Cara ini adalah langkah pencegahan yang selamat. Setidak-tidaknya anda akan yakin yang bag anda tidak tersangkut sewaktu ditimbang sebelum masuk ke kabin.

5. Travel ke sesuatu tempat secara berkumpulan

Dengan travel secara berkumpulan, anda secara tidak langsung akan mendapat lebih opsyen berat beg. Misalnya ada 5 orang, 5 x 7 KG = 35 KG. Anda juga boleh berkongsi duit untuk membeli ‘baggage’. Andaikan 20 KG bagasi bersamaan RM100. RM100 bahagi 5 orang = RM20

6. Bandingkan harga tiket dengan airlines lain.

Sebelum membeli tiket flight, disarankan kepada anda untuk membandingkan harga tiket AirAsia & syarikat lain. Kebanyakan harga tiket airlines lain seperti Malaysia Airlines dan Malindo Air sudah termasuk harga bagasi.

 

Sumber gambar: http://www.the-partners.com/airasia/