6 Tempat Menarik Di Singapura Yang Boleh Dikunjungi Secara Percuma

6 Tempat Menarik Di Singapura Yang Boleh Dikunjungi Secara Percuma

Travel secara bajet tidak bermaksud kita perlu meminimumkan segala kos terutamanya kos untuk masuk ke tempat-tempat menarik. Hal ini kerana tidak semua tempat menarik dikenakan caj. Misalnya tempat menarik seperti taman bunga dan tempat persiaran. Bukan sahaja tempat bersiar-siar, malah muzium juga ada yang tidak dikenakan sebarang caj. Di Singapura, terdapat banyak tempat menarik yang boleh diterokai secara percuma. Jom lihat 5 tempat tumpuan pelancong yang boleh diakses secara percuma:-

1. Marina Bay

Lokasi ini terkenal sebagai tempat persiaran utama di Kota Singapura. Monumen kemegahan negara Singa ini turut terdapat di sini iaitu Merlion. Di sini juga anda boleh melihat pemandangan kota Singapura seperti bangunan-bangunan cantik dan kapal-kapal yang lalu lalang di sana.

2. Gardens By The Bay

Gardens By The Bay merupakan sebuah taman yang berkonsepkan moden di mana ia banyak mendapat pengiktirafan antarabangsa. Di taman tersebut, terdapat banyak spesies tumbuhan yang agak jarang ditemui. Di situ juga banyak berlangsung acara dan festival yang menarik. Taman ini boleh diakses secara percuma. Namun terdapat beberapa kawasan di dalam taman tersebut dikenakan caj masuk.

3. Singapore Botanic Garden

Anda teringin nak lihat kehijauan Singapura? Jom ke Singapore Botanic Garden. Lokasi ini terkenal dalam kalangan pelancong kerana usianya yang menjangkau lebih 150 tahun. Tambahan pula ia mendapat pengiktirafan dari sebagai Tapak Warisan Dunia dari UNESCO pada tahun 2015. Antara tarikan di taman ini ialah seperti Swan Lake, Bonsai Garden dan Heritage Tree.

4. Sungai Singapura

Sungai ini menyimpan banyak sejarah awal tentang Singapura. Sungai ini mengalir daripada Kawasan Tengah, yang terletak di Wilayah Tengah di bahagian selatan Singapura sebelum mengalir ke laut. Kini, di pesisir sungai ini banyak dijadikan kawasan komersil seperti café dan hotel.

5. Kampong Glam

Bagi yang ingin mendapatkan informasi tentang sejarah masyarakat Melayu serta Kesultanan Melayu Singapura, anda wajib berjalan-jalan di sekitar Kampung Glam. Antara tarikan di sana ialah Istana Kampung Glam yang kini dijadikan sebagai Pusat Warisan Melayu. Di samping itu, Kampung Glam juga berdekatan dengan Arab Street serta Masjid Sultan. Di sana, makanan halal sangat mudah untuk didapati. Terdapat juga banyak kedai yang menjual cenderamata dengan harga yang murah.

6. Studio Jalan Ampas

Sekiranya anda minat cerita P. Ramlee, anda akan  mengetahui betapa terkenalnya Studio Jalan Ampas. Studio ini pada suatu masa dahulu sangat terkenal sebagai kilang penghasilan filem-filem Melayu klasik. Terdapat juga filem Melayu terkenal yang membuat penggambaran di hadapan Studio Jalan Ampas iaitu filem Seniman Bujang Lapok. Bangunan studio tersebut tidak dibuka kepada umum. Namun sekiranya anda terserempak dengan penjaga studio, ada kalanya dibenarkan masuk. Berdekatan dengan Studi Jalan Ampas juga terdapat sebuah jambatan kecil yang menjadi lokasi penggambaran babak akhir Madu 3.

 

Nak ke Singapura dengan bajet rendah?

Jom lihat itinerari di bawah:

 

Pengangkutan:

Opsyen 1- Tiket Flight:  RM120 – RM190 pergi & balik (sewaktu promosi)

Opsyen 2- Bas: TBS – Larkin RM40, Larkin – TBS RM40 = RM80 seorang

Larkin – Bugis Terminal RM2-4, Bugis Terminal – Larkin SGD 4 – 5 = RM12-RM15 seorang

Singapore Tourist Pass: Bas, LRT, MRT : SGD 20 @ RM60 untuk 3 hari

Makanan:

Anggaran RM70. (Nak lagi jimat bawa je makanan sendiri untuk dinner atau breakfast)

Penginapan:

Anggaran paling murah RM80 untuk 1 orang (2 malam, hostel)

Lain-lain:

Beli souvenir & lain-lain: RM20

Total: RM350