5 Tradisi Paling Pelik Di Dunia

5 Tradisi Paling Pelik Di Dunia

1. Tradisi Mengikat Kaki

Tradisi ini bermula sejak zaman Dinasti Xia di China. Fungsi tradisi ini ialah sebagai lambang kecantikan kepada wanita. Kaki kanak-kanak perempuan yang berumur 5-8 tahun akan diikat ke bawah telapak kaki dengan sehelai kain. Kain tersebut akan dijahit untuk mencegah pertumbuhan kaki. Amalan ini mendapat bantahan ramai kerana ia lebih kepada penyeksaan kepada kanak-kanak perempuan. Pada tahun 1911, Kerajaan China telah mengharamkan tradisi ini. Namun tradisi ini masih diteruskan secara rahsia sehingga lewat 1930-an. Sehingga kini, masih ada lagi kumpulan wanita terakhir yang masih hidup dan pernah melalui tradisi mengikat kaki.

 

2. Ritual Semut Peluru

Ritual ini dilakukan oleh sebuah suku asli yang tinggal di Amazon, Brazil iaitu suku Satere-Mawe. Tujuan mereka menjalankan ritual ini ialah untuk menandakan peralihan anak lelaki dari kanak-kanak kepada remaja. Cara tradisi ini dilakukan ialah dengan memasukkan kedua belah tangan ke dalam bekas yang mengandungi semut peluru tersebut. Mereka perlu menahan sakit tanpa berteriak selama kira-kira 10 minit. Setelah selesai melalui ritual, barulah mereka dianggap sebagai lelaki sejati suku Satere-Mawe.

 

 

3.Tradisi Seppuku

Sejarah Jepun pada era Perang Dunia Kedua terkenal dengan askarnya yang taat setia dan rela mati demi raja dan negara. Namun kesetiaan dan tradisi rela mati di dalam masyarakat Jepun telah lama diamalkan iaitu sewaktu zaman samurai. Seppuku bermaksud memotong perut. Di dalam tradisi ini, Seppuku lebih berbentuk kepada hukuman dan kerelaan hati seorang samurai dan ia dilakukan atas perintah Shogun. Pada kebiasaannya Seppuku sering dilakukan apabila seseorang samurai gagal untuk menyelesaikan sesuatu tugas. Upacara Seppuku bermula dengan samurai akan menikam perutnya sendiri manakala orang yang ditugaskan untuk memotong kepala akan memenggal kepala samurai tersebut. Tradisi ini berakhir sekitar 1860-an.

 

 

4. Adat Suttee/Sati

Jika anda belajar sejarah STPM, mungkin anda mengenali adat ini. Adat Suttee merupakan sebuah amalan yang dilakukan sejak turun temurun oleh masyarakat di India. Adat ini berasal-usul dari kepercayaan masyarakat tentang kesetiaan sempurna Dewi Sati terhadap suaminya. Adat ini memaksa mana-mana isteri yang kematian suami untuk mati bersama dengan membakarnya secara hidup-hidup. Hal ini adalah untuk melambangkan kesetiaan isteri kepada suami. Tradisi ini akhirnya diharamkan sekitar 1830-an.

 

5. Kanibalisme

Pada zaman moden ini, masih wujud sekumpulan manusia yang dietnya ialah memakan mayat manusia. Mereka merupakan suku Aghori yang tinggal di India. Mereka tinggal di sekitar sungai paling suci di India iaituu Sungai Ganges. Sungai tersebut menjadi tempat buangan & bersemadinya ribuan mayat kerana ia dianggap sungai yang suci. Mayat-mayat tersebut juga menjadi santapan kepada suku Aghori. Tambahan lagi suku tersebut percaya bahawa dengan memakan mayat manusia, ia memberi pencerahan spiritual kepada mereka.

 

~Pazen A.A.

@Team Travellouva