5 Tempat Percutian Tanah Tinggi Paling Popular Di Malaysia

5 Tempat Percutian Tanah Tinggi Paling Popular Di Malaysia

1. Cameron Highlands

Lokasi percutian beraltitud tinggi paling popular di Malaysia ini tak perlu diterangkan secara terperinci lagi. Dengan pelbagai kemudahan & tempat menarik, tidak hairanlah tanah tinggi yang mempunyai  suhu sekitar 17 hingga 24 Celcius sangat popular di Malaysia.

2. Kundasang

Kundasang merupakan tempat percutian tanah tinggi terbaik di Malaysia Timur.  Pemandangan cantik ala-ala New Zealand ini menjadi destinasi wajib pergi kepada kaki travel. Antara tarikan utama di kawasan ini ialah Ladang Teh Sabah, Desa Cattle Dairy Farm serta Kinabalu Park. Terletak kira-kira 90 KM dari Kota Kinabalu, Kundasang dianggap lokasi travel terbaik di kawasan Malaysia Timur. Bajet untuk ke Kundasang juga agak murah tambahan lagi sekiranya ada promo tiket flight.

3. Bukit Bendera

Terletak di Pulau Pinang, lokasi ini sinonim dengan pemandangan yang paling menakjubkan di Pulau Pinang. Untuk bergerak naik ke Bukit Bendera, anda boleh memilih 2 opsyen iaitu sama ada menaiki kereta kabel Bukit Bendera atau mendaki di trek yang disediakan. Penginapan turut disediakan sekiranya anda mahu bermalam di Bukit Bendera.

Sumber Gambar: www.jomjalan.com.my

4. Gunung Jerai

Dikenali sebagai lokasi tertinggi di utara Malaysia, Gunung ini menjanjikan pemandangan menarik iaitu sawah padi yang terbentang luas serta rumah-rumah kampung tradisional. Suhu disini juga agak sejuk iaitu sekitar 18-24 celcius. Anda juga boleh menenangkan fikiran dengan bermalam di resort Gunung jerai iaitu The Regency Jerai Hill Resort.

Sumber Gambar: sigadishchenta.blogspot.my

5. Bukit Fraser

Bukit Fraser merupakan destinasi pelancongan tanah tinggi yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara. Terletak di Pahang, kawasan ini juga terkenal dengan seni bina kolonial British.

Sumber Gambar: www.pakarpercutian.com