5 Pilihan Nasi Kandar Paling Best Di Pulau Pinang

5 Pilihan Nasi Kandar Paling Best Di Pulau Pinang

Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan jolokan syurga makanan. Antara makanan yang paling digilai ramai tentunya ialah nasi kandar yang sudah menjadi imej rasmi Pulau Pinang. Pilihan nasi yang dimakan bersama pelbagai aneka lauk dan kuah yang ‘kaw’ sudah pastinya membuatkan anda terliur. Berikut kami kongsikan kepada anda 5 pilihan nasi kandar yang paling best di Pulau Pinang!

1. Nasi Kandar Beratur

Nasi kandar ini sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan penggemar nasi kandar di Pulau Pinang. Ia telah dibuka sejak tahun 1943 lagi. Oh ya, ia dibuka dari pukul 10 malam hingga 9 pagi. Apabila anda ke sini, jangan keliru dengan nasi kandar yang dibuka di lokasi yang sama. Hanya selepas pukul jam 10 malam barulah Nasi Kandar Beratur beroperasi sepenuhnya. Antara lauk pauk yang femes ialah daging dan telur. Sesuai dengan namanya, sememangnya ramai yang beratur hanya untuk mendapatkan sepinggan nasi kandar ini! Bagi anda yang ingin merasai kesedapan dan kelazatan nasi kandar ini, bolehlah ke sini.

~ 98, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang.

 

 2. Nasi Kandar Kampung Melayu

Beroperasi sejak 1970, Nasi Kandar Kampung Melayu sudah sinonim dengan masyarakat di sekitar Penang. Antara lauk utama yang sering menjadi pilihan orang ramai ialah kari daging serta ayam kicap madu. Restoran ini dibuka seawal 6 pagi sehinggalah kira-kira pukul 1 petang. Kemudian, mereka akan menutup operasi kedai buat sementara waktu. Kedai akan dibuka semula pada jam 6 petang hingga larut malam. 

Block A29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang.

3. Nasi Kandar Line Clear

Restoran ini popular dalam kalangan pelancong tempatan. Bagi anda yang ingin ke sini, pastikan anda masukkan restoran ini dalam ‘bucket list’ makanan yang perlu anda cuba jika ke Pulau Pinang. Tambahan lagi, ia dibuka 24 jam. Antara lauk ‘power’ yang disajikan ialah daging masak kicap dan kari ayam.

~ 77, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang

4. Restoran Nasi Kandar Deen Maju

Restoran nasi kandar ini dibuka pada jam 4 petang hingga 11 malam. Ia menawarkan pelbagai jenis lauk – pauk yang enak dan lazat! Anda pastinya rambang mata untuk memilih mana satu lauk pujaan hati kerana banyak lauk yang disediakan! Restoran ini juga disukai oleh Penangites kerana lauk pauk yang disediakan memang ‘kaw’. Antara lauk ‘special’ di sini ialah telur sotong dan kari kepala ikan.

~ 170, Jalan Gurdwara,10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

5. Shariff Nasi Kandar Istimewa

Salah satu nasi kandar yang menjadi pilihan orang Pulau Pinang ialah Nasi Kandar Shariff. Kedai ini beroperasi setiap hari dari jam 5.30 petang hingga 9.30 malam dan tutup hari Sabtu. Lauk pauk yang terkenal di sini ialah kari ikan dan daging. Bagi yang ingin merasai nasi kandar ini, anda bolehlah ke :

~ 159, Jalan Permai, Taman Brown, 11700 Gelugor, Pulau Pinang  (Kompleks Pasar MPPP )

(Gambar warung Nasi Kandar Shariff sebelum berpindah ke Taman Brown)

 

~Miss Kio

@Team TravelLouva

 

Sumber Gambar:

www.penang.ws

www.vkeong.com

www.mynewshub.cc

harrizam.blogspot.com

gostansikit.blogspot.com