5 Lokasi Honeymoon Paling Berbajet Rendah Di Malaysia

5 Lokasi Honeymoon Paling Berbajet Rendah Di Malaysia

Sumber gambar: DestinationVows

Korang nak honeymoon dengan bajet murah? Biasanya sebut sahaja honeymoon, mesti terbayang percutian mewah & romantis dengan bajet RM2000 & RM3000 ke atas kan? Tapi jangan risau, bajet sekitar RM600.00 – RM1,000 pon korang dah boleh honeymoon dengan rasa selesa, puas hati & berbaloi. Kami cadangkan percutian honeymoon anda adalah bukan pada hari cuti umum, cuti sekolah atau hujung minggu untuk mengelakkan kos honeymoon anda meningkat. Dengan bajet & lokasi di bawah, apa yang korang akan dapat?

✔️ Lokasi peranginan yang menarik

✔️ Bajet yang rendah untuk percutian 2 orang

✔️ Aktiviti yang menarik

✔️ Bilik penginapan yang selesa

✔️ Makanan yang OK

✔️ Kenangan yang romantik

Jom lihat 5 lokasi honeymoon yang berbajet rendah di negara kita serta bajet itinerari 3 hari 2 malam yang kami cadangkan:-

1. Pulau Langkawi

Pengangkutan:

✈ Flight (seorang) : RM20 – RM80 pergi & balik (sewaktu promosi melalui KL & Penang)  ATAU

⛴ Feri (seorang) : Paling popular melalui Kuala Perlis – Langkawi – Kuala Perlis RM36 pergi & balik. Opsyen lain Kuala Kedah – Langkawi – Kuala Kedah, Penang – Langkawi – Penang (harga berbeza mengikut lokasi).

🚗 Sewa kereta: 1 hari paling murah RM 60 – RM90 (Nak lagi bajet boleh guna aplikasi Grabcar)

⛽ Minyak Kereta: RM50

Penginapan:

🏩 Bajet sekitar RM250 @ 2 malam. (Boleh tempah di Booking.com atau Agoda)

Aktiviti:

🚡 Skycab Gunung Mat Chinchang RM30 (seorang)

⛱ Pantai Cenang (free)

⛱ Pantai Pasir Tengkorak (free)

🌅 Dataran Lang (free)

🌴 Island Hopping (Sekitar RM35-RM50)

Makanan:

🍴 Anggaran RM150 @ 2 orang

Total harga: Anggaran tiket flight atau feri sekitar RM100 @ 2 orang, Anggaran sewa kereta RM200 termasuk minyak kereta, Penginapan RM250 @ 2 malam, aktiviti RM130, Makanan RM150. = RM830.00 untuk 2 orang.

2. Cameron Highlands

Pengangkutan: 

🚗 Bawa kereta sendiri. Melalui Simpang Pulai atau Tapah.

⛽ Minyak, Tol: Anggaran RM150-200 bergantung pada lokasi korang.

Penginapan:

🏩 Bajet sekitar RM220 @ 2 malam (Boleh tempah di Booking.com atau Agoda)

Aktiviti:

🌿 Ladang Teh Boh (Free)

🌸 Lavender Garden (RM8 seorang)

🏢 Mardi Agrotechnology Park (RM5 seorang)

🍓 Pasar Malam Pekan Brinchang (Free)

🌹 Fragrance Nursery (Free)

✅ Lain-lain aktiviti: Anggaran RM10

Makanan:

🍴 Anggaran RM150 @ 2 orang. Nak lagi jimat, boleh masak sendiri (Bergantung kepada fasiliti penginapan)

Total Harga: Pengangkutan RM200, Penginapan RM220 @ 2 malam, aktiviti RM46, Makanan RM150. = RM616 untuk 2 orang

3. Penang

Pengangkutan:

Banyak opsyen yang AVAILABLE:

✈ Flight (Dari KLIA harga seorang sekitar  RM20-RM50 pergi & balik ) (waktu promosi AirAsia)

🚗 Kereta (Dari KL tol & minyak Pergi & balik RM200)

🚄 Kereta Api (ETS: Dari KL Sentral ke Butterworth harga seorang sekitar RM118 pergi & balik)

🚌 Bas (Dari Hentian Duta/KL Sentral ke Sungai Nibong harga seorang sekitar RM80 pergi & balik)

**Pengangkutan di Penang boleh gunakan kereta sewa atau Grabcar.

Penginapan:

🏩 Bajet sekitar RM250-RM400 @ 2 malam

Aktiviti:

🚠 Naik Train Bukit Bendera (RM20)

⛱ Pantai Batu Feringghi (Free)

🗼Bersiar-siar di bandar warisan dunia George Town

🏰 Melawat muzium dan lain-lain (RM30)

Makanan:

🍴 Anggaran RM200 @ 2 orang

Total Harga: Pengangkutan (Guna flight KUL-PEN-KUL RM50 seorang, Sewa kereta 2 hari setengah termasuk minyak sekitar RM250),Penginapan RM250, Aktiviti RM50 @ seorang, Makanan RM 200 @ 2 orang. = RM900 untuk 2 orang.

4. Kundasang

Pengangkutan:

✈ Flight KLIA ke Kota Kinabalu cari waktu promosi AirAsia. (Harga sekitar RM140 – RM200 pergi & balik untuk seorang)

🚗 Sewa kereta: RM270

Minyak RM50

Penginapan:

🏩 Bajet sekitar RM200 @ 2 malam

Aktiviti:

🐄 Desa Dairy Farm (RM5 @ seorang)

🗻 Kinabalu National Park (RM5 @ seorang)

🎪 Jalan-jalan pasar Filipina

🌴 Island Hopping (Pulau Manukan, Sapi, Mamutik) (RM70 @ seorang. Cari pakej dekat Jesselton Point)

Makanan:

🍴 Anggaran RM100 @ 2 orang (Bawa makanan sendiri untuk lebih jimat)

Total Harga: Pengangkutan (Tiket Flight RM280 @ 2 orang, sewa kereta RM320 termasuk minyak), Penginapan RM200 @ 2 malam, Aktiviti RM160 @ 2 orang, Makanan RM100 @ 2 orang. = RM 1,060.00 @ 2 orang.

5. Cherating

Pengangkutan: 

🚗 Bawa kereta sendiri.

⛽ Minyak, Tol: Anggaran RM150-200 bergantung pada lokasi korang.

Penginapan:

🏩 Bajet sekitar RM300 @ 2 malam. (Boleh tempah di Booking.com atau Agoda)

Aktiviti:

⛱ Berehat di Pantai Cherating/ aktiviti pantai

🐢 Santuari Penyu Cherating (free)

⛱ Pantai Teluk Mak Nik (free)

🐘 Zoo Kemaman (RM10 seorang)

✅ Lain-lain aktiviti: RM15

Makanan:

🍴 Anggaran RM150 @ 2 orang

Total Harga: Pengangkutan RM200, Penginapan RM300 @ 2 malam, aktiviti RM50, Makanan RM150. = RM700.00 @ 2 orang

Bajet itinerari di atas tidak bermaksud tepat 100%. Ia bergantung kepada bagaimana anda mengawal perbelanjaan anda ketika bercuti. Kami meletakkan Kuala Lumpur sebagai hub titik permulaan perjalanan disebabkan oleh lokasinya fleksibel & menjadi pintu masuk utama negara. Sekiranya anda berada berdekatan dengan lokasi di atas, bajet boleh dijimatkan lagi. Selamat berhoneymoon.😘♥️

 

Sumber Gambar:

www.tourismworldbd.com

www.travelje.com

malaysia-hotels-discount.com

twtmiri.com

www.thestar.com.my