5 Cara Nak Elakkan Kena Tipu Sewaktu Travel

5 Cara Nak Elakkan Kena Tipu Sewaktu Travel

Sumber Gambar: worldonadime.wordpress.com

Kena tipu sewaktu travel adalah perkara yang normal sebenarnya. Lagi-lagi bila kita tak ada pengalaman langsung travel ke tempat tersebut. Antara modus operandi penipuan yang selalu dijalankan oleh orang tempatan terhadap kaki travel ialah dari segi servis perkhidmatan, pengangkutan & jual beli. Namun, sebenarnya ada beberapa cara yang kita boleh guna untuk sekurang-kurangnya mampu elakkan diri dari menjadi mangsa penipuan. Antaranya ialah seperti di bawah:

1. Pergi Travel Secara Beramai-Ramai

Ini adalah opsyen yang bagus. Selain dari dapat menjimatkan bajet, peratusan untuk kena tipu juga agak rendah. Sebabnya, kaki scam pon tak berani sangat nak gamble penipuan dia & geng-geng travel pulak lebih konfiden.

2. Jangan Mudah Percaya Pada Servis Yang Ditawarkan

Sekiranya dah sampai di negara yang kita lawati, pastikan check betul-betul servis yang diorang tawarkan. Misalnya servis teksi atau beca untuk ke sesuatu tempat. Ataupun servis pelancongan. Jangan mudah percaya terutamanya kepada orang tempatan. Sebaliknya, cuba tolak secara baik sekiranya korang tak mahu servis tersebut.

3. Study Betul-Betul Tentang Destinasi Yang Ingin Dituju

Ini adalah point yang sangat penting. Sebaik-baiknya, study selengkapnya tentang destinasi yang kita ingin travel. Buat draf itinerari & kaji contoh itinerari kaki travel yang pernah travel di tempat tersebut. Kaji juga jenis scam yang ditawarkan di negara yang ingin dituju. Bila ilmu penuh di dada, susah orang nak tipu kita.

4. Perlu Pandai Bohong Sunat

Part tipu bohong sunat ni memang perlu terutamanya sewaktu berkomunikasi dengan orang local. Contoh bohong yang sesuai digunakan ialah sewaktu bersembang dengan driver teksi, pekedai dan lain-lain. Misalnya maklumkan kepada mereka yang kita dah 2,3 kali melawat negara tersebut & arif tentang selok belok kawasan yang kita travel. Sekurang-kurangnya driver teksi atau orang tempatan akan jadi kurang konfiden nak scam kita.

5. Booking Siap-Siap Tiket/Hotel

Secara teknikalnya, untuk elakkan penipuan ialah dengan bersiap sedia dari semua perkara. Booking siap-siap tiket pengangkutan, hotel & tiket masuk. Hal ini kerana kita dapat mengelak daripada bertembung dengan ejen-ejen tiket yang kadang-kadang turut bertindak sebagai kaki scam. Oleh itu, dinasihatkan untuk bersedia & study selengkapnya tentang destinasi yang ingin kita travel.