10 Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur Yang Anda Perlu Cuba

10 Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur Yang Anda Perlu Cuba

Anda teringin atau ‘craving’ nak makan makanan sedap – sedap bersama keluarga mahupun rakan – rakan? Masih mencari lokasi? Jangan bimbang. Berikut kami senaraikan beberapa tempat makan best yang anda perlu cuba!

1. Fikcles Café

Bagi penggemar makanan Western, kafe ini menjanjikan anda menu masakan Barat yang lazat dan menyelerakan. Lokasi kafe ini terletak di No. 11, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail. Kafe ini beroperasi setiap hari pada jam 9 pagi hingga 10 malam kecuali pada hari Jumaat 9 pagi hingga 12 tengah hari, dan dibuka semula pada jam 3 petang hingga 11 malam.

2. Restoran Nasi Lemak Antarabangsa

Menyediakan pelbagai juadah lauk untuk dimakan bersama nasi lemak, sememangnya restoran ini lokasi yang wajib dikunjungi oleh Nasi Lemak Lover! Restoran ini terletak di No 7, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru. Waktu operasi adalah  pada setiap hari jam 5 petang hingga 12 tengah malam, dan dari 12 tengah malam hingga 12 tengah hari Nombor yang boleh dihubungi pula adalah +60 17-268 2899. Terdapat pelbagai aneka lauk –pauk yang enak untuk anda cuba seperti sambal sotong, rendang, sambal kerang dan sebagainya.

3. Restoran Mee Kari Udang Galah

Restoran yang terletak di Bandar Sri Permaisuri ini menjanjikan anda mee kari udang galah yang amat lazat. Udang galahnya pula adalah bersaiz besar dan pastinya membuka selera anda. Lokasi restoran ini adalah di Jalan Dwitasek ,Dataran Dwitasek, 18, Jalan Seri Permaisuri. Apa yang best restoran ini? Anda boleh memilih saiz udang galah yang anda inginkan!  Dari saiz kecil hinggalah ke saiz XXL, pastinya anda akan menikmati kepuasan yang tidak terkata! Kedai ini dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hinggalah 2 pagi.

4. Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Pemilik restoran ini merupakan seorang chef yang terkemuka di Malaysia iaitu Dato’ Chef Ismail. Restoran beliau terletak di Cascade Parking Bukit Aman, 5- 2, Jalan Tanglin di Tasik Perdana. Hidangan yang disediakan di sini adalah berkonsepkan lauk – lauk kampung yang amat lazat dan enak. Waktu operasi adalah dari pukul 7 pagi sehingga jam 10 malam. Anda juga boleh menikmati bufet masakan kampung pada waktu tengah hari yang terdiri daripada pelbagai pilihan.

5. Restoran Mee Ketam KL

Mee Ketam di sini sememangnya buatkan anda terliur. Mengapa? Mee Ketam di sini sangat “awesome”!. Ketam dipotong dengan elok dan amat mudah untuk dimakan isinya. Harganya juga amat berpatutan. Restoran ini juga pernah menjadi pilihan rancangan TV popular Jalan – Jalan Cari Makan. Jadi, tidak hairanlah mengapa ramai pengunjung gemar ke restoran ini yang menjanjikan mee ketam yang lazat. Lokasi restoran ini terletak di belakang UNISEL iaitu di Shah Alam (Central) No.11, Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7, Shah Alam. Ia dibuka setiap hari pada jam 11 pagi hingga 1 pagi.

6. Restoran Humble Chef

Walaupun terletak di tengah – tengah kawasan elit Damansara, tetapi keunikan restoran ini adalah terletak pada harga makanannya yang sedap dan murah. Di mana lagi anda nak cari pasta berharga RM5? Restoran ini berkonsepkan menu Western tetapi gerenti anda puas hati. Menu yang disediakan berpatutan dan menyelerakan. Jadi tak hairanlah ramai juga artis yang datang ke restoran ini.  Lokasi restoran ini adalah di 54, Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara, Bukit Damansara. Waktu perniagaan adalah 10 pagi hingga 10 malam. Manakala untuk weekend, 11 pagi hinggalah 11 malam.

7. Zaini Sate

Zaini Sate merupakan antara gerai sate yang popular kerana pernah masuk Jalan – jalan Cari Makan serta mendapat pujian daripada Chef Wan serta selebriti terkemuka yang lain. Pemilik gerai ini juga merupakan cucu kepada legasi Sate Majid yang terkenal di tanah air suatu masa dulu. Lokasi gerai ini adalah di Gerai No. 5, (Opposite 7-11), Jalan Kerja Ayer Lama, Ampang. Nombor telefon yang boleh dihubungi adalah +60 13-369 3934. Gerai ini dibuka setiap hari jam 6 petang hingga 11.30 malam.

8. Dip N Dip

Bagi penggemar coklat, anda seharusnya tidak melepaskan peluang untuk mencuba merasai keenakan dan kelazatan menu yang disediakan di kafe ini. Anda dapat merasai segala desert, crepes mahupun waffle serta air minuman yang diperbuat daripada coklat ! Lokasi kafe ini terletak di 5, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru. Nombor telefon yang boleh dihubungi adalah +60 3-2201 5052. Waktu operasi adalah pada jam 11 pagi hingga 1 pagi.

9. Restoran RSMY Best Cheese Naan

Restoran yang terletak 76, 70, Jalan Danau Niaga 1, Crystal Ville  ini sememangnya menjanjikan Roti Cheese Nan yang amat menggiurkan dan pastinya membuatkan anda meleleh. Dibuka setiap hari pada jam 3 petang sehingga 2 pagi , anda pastinya dapat menikmati Cheese Nan yang lazat bersama yang tersayang! Selain itu, anda juga dapat menikmati roti naan cheese yang lazat bersama lauk – pauk lain seperti gulai kambing dan ayam tandoori. No telefon yang boleh dihubungi ialah +60 17-649 3236.

10. Restoran Nasi Lemak Saleha

Bagi anda yang amat gemar dengan Nasi Lemak, anda bolehlah ‘try’ singgah di sini. Rata – rata pengunjung amat menggemari Nasi Lemak di sini. Restoran ini terletak di Jalan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam. No telefon yang boleh dihubungi adalah +60 3-9283 1790. Ia dibuka setiap hari seawal jam 6 pagi hinggalah 12 tengah malam. Apa yang istimewanya, anda juga boleh membuat tempahan ‘delivery’ dengan menggunakan perkhidmatan foodpanda.my. Antara menu yang menjadi kegilaan pengunjung adalah sambalnya yang pedas dan manis, serta rendang yang menyelerakan.

 

Sumber gambar :

denai.my

pkb.gov.my

nazlannasir.com

hungrygowhere.my

klcityguide.my

food.malaysiamostwanted.my

theyumlist.blogspot.my

eatdrinkkl.blogspot.my

bldwithbobandjulie.blogspot.my

my.locatedat.com

mohdzarin.com

www.whereleb.com

www.sayaiday.com